artwork

1. Program TADIKA (4 – 6 tahun )

Program akan dikembangkan melalui penerokaan dan pendedahan awal kepada dunia persekolahan di peringkat umur 6 tahun. Program disusun dengan terancang secara kreatif : Matematik, Sains, membaca Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

2. Program Separuh Hari (7.30 pagi – 2.00 petang)

Program ini disediakan untuk anak- anak yang mengikuti program PLAYSCHOOL atau TADIKA dengan tambahan makan tengahari dan kelas Iqra’.

3. Program Satu Hari (7.30 pagi – 5.00 petang)

Anak- anak tadika atau playschool yang di hantar ke Tadika ‘One-Stop Centre’  dijaga akan tempat tinggal dan diurus-selia oleh guru untuk sesi tidur, minum petang dan aktiviti yang ringan sementara menunggu dijemput ibubapa.

4. Program Fardhu Ain (Tambahan).

Program Fardhu Ain ini diadakan untuk anak sekolah rendah meliputi pengajian tafsir, bacaan Al- Quran, Bahasa Arab, Jawi, Seerah dan tajwid.