Investors

Tadika Naluri Kreatif NLI (Natural Learning Inc.) Training and Development memperkenalkan konsep ‘NALURI’ dalam membentuk pembangunan anak-anak. Ini berdasarkan pengalamannya selama lebih dari 10 tahun beroperasi.

‘The Natural Learning Concept’ NALURI adalah satu konsep yang terkini yang telah dikembangkan oleh Pn Noor Hayati Abdul Hamid apabila membesarkan anak beliau sendiri seramai 7 orang dan 200 anak-anak bimbingan tadika beliau. Anak-anak didedahkan kepada keluasan ilmu dan aplikasinya serta keseronokan alam berfikir yang membuatkan anak-anak bukan sahaja boleh belajar dan membaca cepat tetapi meneroka ilmu selama-lamanya.

Berdasarkan pengalaman lebih dari 10 tahun konsep ini perlu dikembangkan dan boleh dilaksanakan menggunakan Program Pembangunan Usahawan Tadika Naluri Kreatif (RUN).

Rakan Usahawan Naluri (RUN) adalah program latihan dan pembudayaan keusahawanan tadika. Pembimbingan dan latihan lengkap sebagai usahawan dan guru naluri, memahami secara lebih dalam konsep Naluri. Kursus 1-3 bulan, teori dan amali, mulai dari penubuhan, pemilihan tempat, iklan, dan promosi.

Informasi lebih lengkap dapat dilihat di www.nlitraining.org/programme

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>