NATURAL LEARNING INITIATIVES (NLI Education Sdn Bhd) provides training and research for Naluri Kreatif. NLI uses Natural Learning concept in its approach to educate children in their natural environment. When children are naturally motivated through strategies employed, their achievements are endless.

Pendidikan anak-anak menyeluruh adalah menjadi satu keperluan yang terdesak dalam era ibu dan bapa keluar bekerja. Kesejahteraan jiwa anak-anak serta pembangunan kemahiran berfikir adalah dua aspek besar dalam pembangunan anak-anak yang holistik. Kualiti pendidikan yang diterima oleh anak-anak hari ini menjadi penentu kejayaan serta mutu kepimpinan yang akan muncul 20 tahun lagi.

Menyedari hakikat itu maka NLI telah memperkenalkan konsep ‘NALURI’ dalam membentuk pembangunan anak-anak. Ini berdasarkan pengalamannya selama 10 tahun beroperasi.

Tadika Naluri Kreatif pula menengahkan konsepnya yang dikenali sebagai ‘The Natural Learning Concept’. Konsep ini adalah satu konsep yang terkini yang telah dikembangkan oleh Pn Noor Hayati Abdul Hamid apabila membesarkan anak beliau sendiri seramai 7 orang dan 200 anak-anak bimbingan tadika beliau. Berdasarkan pengalaman 10 tahun konsep ini perlu dikembangkan dan boleh dilaksanakan menggunakan Program Pembangunan Usahawan Tadika Naluri Kreatif.

Anak-anak didedahkan kepada keluasan ilmu dan aplikasinya serta keseronokan alam berfikir yang membuatkan anak-anak bukan sahaja boleh belajar dan membaca cepat tetapi meneroka ilmu selama-lamanya.

Vision

Melahirkan anak-anak yang bijaksana dalam menghubungkaitkan kepintaran intelek dan intuitif kepada pembangunan individu serta masyarakat sekeliling melalui ‘Habits of Excellence’.

Mision

Meningkatkan dan mempromosi konsep ‘Habits of Excellence NALURI’ di peringkat awal kanak-kanak melalui Early-Years-Excellence-Center, pengendalian kursus dan jaringan pintar dengan masyarakat.

Falsafah

Kecemerlangan anak-anak dilihat dari segi kecemerlangan menyeluruh dalam sahsiah, akademik, kokurikulum serta kepemimpinan mereka.

Pembelajaran sebenar adalah untuk membentuk perlakuan cemerlang (habits of excellence), penyesuaian diri (adapting) dan sumbangan kepada masyarakat (contribution to society).

Pembelajaran berasaskan konsep ‘natural learning’ iaitu memaksimakan pembelajaran secara ‘project-based-learning’ dan ‘hands-on and everyday experience’.