To Listen is To Learn

Kita sering teruja jika anak kita dapat buat atau berbicara tentang sesuatu di luar tahap pemikiran mereka…
Bersediakah kita?

Sudah tentu kita mempunyai pelbagai kenangan bersama anak-anak semasa cuti Raya Idul Adha yang lalu.
Bersetujukah Tn/ Pn jika saya katakan bahawa peluang bersama anak-anak semasa cuti Eidul Adha membawa beberapa pengajaran kepada kita. Antaranya ialah:

  1. Anak mempunyai pelbagai idea dan citarasa yang ingin dikongsikan atau ditanya serta memerlukan andorsemen pengukuhan daripada ibu bapa atau orang dewasa sekeliling mereka.
  2. Sangat ingin mencuba benda baru… walaupun takut, geli, tak suka dan sebagainya… seperti masuk sawah padi tanam padi dan bermain gamelan untuk pertama kali.
  3. mempunyai tenaga yang amat banyak berbanding dengan orang tuanya walaupun mereka jauh lebih kecil daripada kita… dari mana mereka dapat tenaga ini?
  4. Menyukai hasil usaha seperti lukisan dan projek yang dilakukan. Memberi ulasan, pandangan dan pujian daripada kita… Membolehkan anak sambung berbual dan tambahkan cerita mereka sendiri..
  5. Tika anak terlihat sesuatu yang amat menghairankannya atau mencuit perasaan ingin tahu… tidak kira panas, sesuai ataupun tidak… anak-anak seakan terpukau dengan keanehan tersebut seperti apabila mereka terjumpa ulat bulu di atas daun yang berkilat hijau semasa menunggu ayah diluar masjid.

Begitulah sinario anak-anak aktif, ceria dan pintar ini… sentiasa connect dengan alam mereka dan mereka berpeluang untuk kembangkan minat, tenaga, ide dan juga eksplorasi serta makna semua ini
CUMA

#Kalau kita Sudi Mendengar….

Dengarlah dengan hati nurani kita agar kita bisa membimbing dan fahami jiwa halus yang sedang memaknakan pengalaman hidup mereka yang amat berharga ini.

Walaupun masa cuti, pembelajaran tidak pernah berhenti. Alam sering mengundang anak-anak untuk berbicara dan bertanya “apa itu? apa ini?”