KISAH MAMA (1) : Tips Menggalakkan Tingkahlaku Positif Anak

Tips Menggalakkan Tingkahlaku Positif Anak

Ini adalah perkongsian dari perspektif anak, tentang bagaimana seorang ibu membantu menggalakkan sikap positif dalam diri merekaPn Noor Hayati Abdul Hamid adalah Ibu kepada 7 orang anak, Principal Consultant Natural Learning Initiatives dan Founder pusat kecemerlangan NALURI yang menfokuskan kepada pembangunan keluarga.

Beliau adalah trainer dan speaker Parenting, Kekeluargaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Perkongsian ini akan menggunakan KAMI sebagai mewakili anak-anak Pn Noor Hayati Abdul Hamid. InsyaAllah anda akan mendapat email perkongsian santai ini secara bersiri, agar lebih mudah di cerna.

Sarapan Yang Membahagiakan

Waktu sarapan adalah waktu yang istimewa. Bukan kerana makanan mewah, tetapi kerana suasana. Mama menginvestasi masa lebih awal untuk mempersiapkan sarapan. Susun atur sarapan dan makanan yang dihidangkan adalah rapi, cantik membuatkan kami terasa seperti dihargai keberadaan kami.Walaupun kadangkala kami kalut ke sekolah, tatkala tiba di meja makan, ia disambut dengan bualan dengan penuh ceria, menyebabkan kami terasa diberi perhatian khas. Susah untuk mendengar suara cemas, jauh sekali bebelan dan jeritan . Suasana ini membuatkan kami rasa senang dan gembira untuk memulakan hari.Inilah rutin yang kami lalui di pagi hari semasa kami bersama Mama sehingga dewasa. Ketenangan yang sebenarnya terkesan sampai kami besar. Komitmen Mama untuk menyediakan sarapan yang membahagiakan, memotivasi kami untuk membuat kerja harian secara bersungguh-sungguh. Kerana kami sedar bukan mudah untuk seorang ibu mewujudkan ketenangan dipagi hari dengan seribu satu kerenah ahli keluarga.

Sekiranya masa tidak mencemburui, Mama akan meluangkan masa yang lama untuk berbual bersama kami sehinggalah kami berangkat ke sekolah. Sungguh, masa yang singkat terasa menjadi panjang, kerana kami pergi dengan sebuah kegembiraan dan inspirasi. Ia nampak santai, tetapi tanpa disedari, inilah antara RUTIN mahal yang tidak ternilai

Menghormati & Meraikan Perasaan Anak

Ramai orang akan highlight betapa pentingnya menghormati orang tua. Tetapi yang terlepas pandang betapa kesan menghormati anak terhadap jatidiri mereka.

Bagaimana Mama membuatkan anak anak terasa dihormati? Mama tidak merendahkan hasil usaha dan pandangan kami. Mama meraikan kejayaan dan kekurangan kami. Kadangkala kejayaan itu amat kecil malah menyedihkan, tetapi mama menukarkan kepada kegembiraan. Sungguh seronok rasanya.
Adapun sekiranya pendapat anak anak atau cara yang kami lakukan salah, Mama tetap menjaga tutur kata dengan tersusun dan berhemah . Mama menyusun kata dengan rapi, sehinggakan anak anak juga secara spontan terasa ingin menyusun kata dengan baik kepada Mama.

Sungguh ia memudahkan kami berbicara terutama apabila ada kekusutan. Ia bukan berlaku ketika kami sudah dewasa sahaja, ia berlaku sejak kami kecil lagi. Ia adalah pelajaran kehidupan yang amat MAHAL bagi kami, iaitu jadikan orang rasa di hormati dahulu, insyaAllah orang akan mudah menghormati kita.
Kedua-dua perkongsian di atas adalah berlaku secara RUTIN. Ia adalah kebiasaan yang telah menyentuh hati kami sehingga kini.

Sungguh, betapa membina RUTIN dalam keluarga, amat mempengaruhi membina tingkahlaku positif dalam diri anak tanpa di sedari.

…………………………………………………………………………

Daripada artikel ini perasan tak bahawa emosi anak ni sangat pentingkan untuk kita bangunkan dan betapa pendidikan Ibubapa dalam pengetahuan tentang emosi anak ni jangan di buat main. Sebabnya emosi anak kita ni dibawa sehingga besar.
.
Bayangkan anak kita adalah bakal ibu dan bakal ayah kepada anak dan generasi seterusnya. Banyakkan saham kita kalau kita pandai membantu anak kita mengendalikan emosi.
.
Jom sertai kami bagi menjayakan seminar dan bengkel Let’s Talk Emotion dan kami amat menyarankan anda semua untuk menyertai seminar di bawah.
.

Untuk pengetahuan anda Kisah Mama ini adalah kisah benar. Merujuk kepada Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid , Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd. Beliau juga merupakan speaker utama dalam Seminar & Bengkel Let’s Talk Emotion

Jom Sertai

SEMINAR & BENGKEL “LET’S TALK EMOTION”

 

46cd5130-3003-4136-8705-80127f05fbb6

 

Seminar & Bengkel: Let’s Talk Emotion
——————————-

Pernah anda hadapi situasi ini?

Anak saya ni suka sangat main, susah nak fokus. Geram. Susah nak ajar dia.

Bila marah, saya rasa bersalah. Tapi saya tak tahu bagaimana nak hadapi kerenah anak.

Anak saya degil. Susah dengar kata. Stres saya

Anak saya suka sangat ganggu saya apabila saya ada tetamu.

Bila tak dapat gadget, dia mengamuk.

✍Ayuh, bergabung bersama kami, mencari solusi terbaik untuk membantu anak mengurus emosinya.

Ia bukan sekadar seminar, tetapi diskusi berbentuk bengkel untuk ibu bapa saling berkongsi idea masing masing.

——————————-
Tarikh : 28 May 2016
Masa : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat : ILKAP Bangi
Speaker:
Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid ,
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd

Prof Madya Dr.Che Noraini Hashim,
Kulliyyah Of Education
International Islamic University Malaysia
——————————-
Yuran :

RM 140 seorang
RM 270 Pakej suami isteri
Early Bird Promotion

–sehingga 13Mei 2016–
RM 130 seorang
RM 250 pakej suami isteri

# Seminar ini berbahasa Melayu
———————————-
Aktiviti kanak-kanak disediakan untuk 2 tahun ke atas
Yuran aktiviti kanak-kanak : RM45

——————————————-
Sila klik link ini untuk pendaftaran peserta di sini

http://goo.gl/forms/czzE1zHyYq

Pendaftaran anak di sini

http://goo.gl/forms/wfEk9xwilo

Hubungi Team NLI sebarang pertanyaan
Cik Nadhrah : 0196916559