9 tips bonding dengan anak

Masa kita terhadap bersama anak, sayang sekiranya dibiarkan walaupun masa yang ada itu sedikit. 
.
Seringkali kita terngadah, lalu menyesal kerana tersasar memarahi, menengking, tidak berlembut, tidak meberim nasihat, tidak berjenaka.
.
Contohnya kita hanya mempunyai masa antara jam 6petang hingga 8malam sahaja, waktu selepas anak pulang sekolah dan kita pulang kerja, kemudian sebelum mereka tidur semula.
.
Waktu pagi pula, antara jam 6 hingga 8 pagi, dari bangun tidur dan bersiap hendak ke kerja dan sekolah.
.
Bagaimana memanfaatkan masa yang pendek agar bermanfaat? Bermanfaat untuk psikologi anak, untuk kepuasan ibu ayah memenuhi tanggungjawab, untuk kestabilan keluarga.
.
1. Fokus ??
.
Fokus kepada anak. Simpan gangguan lain. Terutamanya HP. Kalau perlu, sorokkan HP. Ingat, sekejap lagi mereka nak sekolah dan tidur. Sekejap sahaja masa diperlukan utk mereka.
.
2. Pesan kepada diri??
.
Pesan kepada diri, saya mahu guna masa ini dengan baik untuk anak, sebentar lagi mereka ke sekolah, mereka ke nursery, saya pergi kerja, saya mesti beri waktu berharga untuk anak-anak. Biar mereka ingat kita yang seronok, bukan yang marah.
.
3. Komunikasi lisan?
.
Komunikasi lisan adalah salah satu pintu sinaran kasih sayang kepada semua ahli keluarga. Untuk pasangan dan anak-anak. 
Latih komunikasi positif, suara rendah, ayat mendorong, ayat meminta kerjasama dengan tenang, jgn keluar kan suara di padang. Berlatih. Guna kata nama anak umi sayang, sayang kakak, sayang adik.
.
4. Bahasa badan????
.
Peluk, cium, pegang badannya, belai rambutnya. Lihat mata anak ketika bercakap, beri giliran yang adil untuk bercakap.
.
5. Jenaka????
.
Buat jenaka tahap anak-anak, ciptalah apa shj, mereka akan sukainya. Anak 1 tahun pun dah pandai main sembunyi-sembunyi. Anak 4 tahun dah boleh acah2 main teka teki. Waktu tunggu makanan boleh buat teka teki. Boleh main kuiz. 5 minit anak terasa indah hatta jenaka kanak-kanak cuma.
.
6. Nasihat dan pujian???
.
Berikan nasihat santai kehidupan, bicara tentang Allah, syurga, neraka, akhlaq. Guna waktu makan, dalam kereta, sebelum tidur. Yang pasti apabila dah kenyang. Nasihat bukan utk kesalahan shj, tetapi untuk memupuk potensi kebaikan, positive reinforcement. Puji juga kebaikan dan kekuatan anak, jgn kedekut pujian. Bina rasa yakin dalam diri anak.
.
7. Bersedia fizikal.??
.
Pastikan kita telah siap rancangan aktiviti. Mahu makan apa, di rumah atau di kedai. Selepas itu apa, komunikasikan dengan keluarga. Lebih semua org faham, lebih terarah dan produktif masa.
.
8. Dorong jatidiri rutin???
.
Bantu anak bina jatidiri, dengan melatih mereka siapkan beg sendiri, cari stokin, isi botol air, ambil air ketika dinner dan sarapan, angkat beg, kemas baju kotor, tuala dan katil. Arahan ringkas dan tenang. Suara rendah, jgn tinggi. Elok buat rutin bertulis, mudah mereka rujuk. Anak saya suka begitu.
.
9. Wujudkan peraturan ????
.
umum. Peraturan umum keluarga perlu ada bagi melatih nilai dan pengurusan keluarga yang produktif. Contoh peraturan, solat berjemaah, makan di meja, buang dan kutip sampah yang dilihat, basuh pinggan sendiri, bercakap ikut giliran, semua makanan perlu dikongsi. Semuanya disebut-sebut dan diberi penekanan sewajarnya.
.
Begitulah halnya dengan masa yang pendek yang kita ada setiap hari. Kadang-kadang kita selalu fikir, hujung minggu adalah masa keluarga, sehingga kita lupa setiap detik yang berlalu setiap hari juga perlu diraikan.
.
Jangan rasa berat. Guna point 1-5 dahulu, ini lebih nampak mudah. Kita mulakan bersama. Isu ini isu asas, semua keluarga merasainya. Jangan biarkan saat berharga hilang begitu sahana. Masa bersama keluarga wajar dimanfaatkan, bukan dengan wang ringgit tetapi dengan mewarnai perhubungan. Suami isteri mahukan pasangan yang memahami dan mampu berkomunikasi, anak-anak rindukan ibu ayah yang lembut dan tenang.
.
Anak-anak kecil, sekali sahaja. Sampai masa ia membesar dan terus berdikari. Memori bagaimana yang dibawanya?
.
Kami nak ajak ibu bapa yang mahu latih kemahiran keibubapaan, fokus utamanya adalah modul ‘Parent-Child Communication’, ke seminar ‘Succesful Family Communication’ pada 30/9/17, di UTM KL.
.
Seminar NLI 40% adalah bersifat workshop. Ayah ayah paling enjoy part ni. Balik boleh terus apply. Elok hadir suami isteri, sama sama faham demi cinta keluarga yang dibuka bersama. Anak-anak ada Children Activity Centre. Penyampai adalah , Noor Hayati Abdul Hamid dan Pak Utih dengan module ‘Suami Hensem, Isteri Ohsem’.

**Untuk pendaftaran dan tawaran early bird/ tawaran ex-participant & tawaran parent Tadika NALURI

Klik link di bawah

http://bit.ly/commuc2017