Pentingnya berbual, berbicara dengan anak kita

 

Pentingnya berbual, berbicara dengan anak kita

3 Mesej Kenapa Penting Berbicara dengan Anak

Ibu ayah. Tidak semua orang berpeluang menjadi ibu dan bapa. Ada orang yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapat seorang cahaya mata. Ada orang yang tidak dikurniakan langsung. Apa pun kita redha dengan ketentuan ilahi. Sudah tentu ada perancangan yang kita tidak ketahui.
.
Kepada yang bertuah, dianugerahkan anak. Gunalah sehabisnya peluang ini untuk meraih sebanyak mana pahala menuju jalan pulang.
.
Anak-anak ini datang dengan pakej yang lengkap dan sempurna untuk menjadi insan yang amat cemerlang, sekiranya kita bergaul, bimbing, berkongsi nilai-nilai hidup secara santai dengan jiwa yang suci ini.
.
Kembara Jiwa anak:
Terdapat mesej yang anak perlu dapat dan rasai melalui bual bicara kita. Saya kongsikan 3 dari banyak sebab kenapa pentingnya perkara tersebut.

1. Berani melakukan sesuatu yang perlu dilakukan.

Cuba kita lihat gaya anak kecil yang mula mencapai apa sahaja yang dia mahu seperti belajar makan, nak suap nasi sendiri, berebut nak main belon, berebut nak bermain dengan buih sabun, nak bermain layang-layang bila dah besar sikit dan lain lain. Anak ini setelah dibimbing dengan baik akan pandai membuang sampah ke dalam bakul sampah, kemas, tolong urut apabila mendengar orang tuanya sakit, petah meminta, petah bertanya soalan, kenapa, bagaimana dan sebagainya, dalam kerangka jiwa yang besar dan positif.

TETAPI sekiranya anak ini dilihat sebagai pakej yang menyusahkan, degil, maka keberangkalian anak ini untuk tumbuh mekar dengan jiwa yang berani dan cemerlang agak tipis kerana orang tuanya membiasakan dengan mendidik menggunakan jiwa yang keras, dingin serta kaku. Anak yang dilahirkan berani akan menjadi anak serba salah, was-was, kurang keyakinan diri, maka jadi pak turutlah ia. Amat sedih sekali situasi ini. Anak yang bijak, tetapi mungkin tidak berani buat apa-apa perubahan dalam masyarakat.

2. Anda boleh dipercayai, mama ayah sukakan sayang

Anak perlu rasa kita percayakan mereka dengan membenarkan mereka menolong kita menuang air, makan sendiri, basuh pinggan sendiri, potong buah, nak tolong itu dan ini yang mungkin menyusahkan kita, tetapi ia amat penting untuk membina diri anak yang boleh dipercayai, iaitu dengan kita menunjukkan yang kita mempercayai mereka.
.
3. Kemahiran bertutur, bual bicara yang indah, mahir berfikir dan menyelesai masalah

Melalui siri dan sesi-sesi pergaulan, perbualan dan pekongsian nilai-nilai hidup secara santai dengan anak-anak ibu bapa dapat membina perkara diatas dengan jaya dan bijaknya. Ibu bapa yang bijak akan menggunakan perkataan, kosa kata, ayat-ayat yang mesra otak, bukan yang merosakkan pemikiran anak. Lebih teruk lagi, jika perkataan itu yang mengguriskan hati dan perasaan. Mengikut kajian, emosi yang tercalar ini akan mempengaruhi prestasi anak seharian, sekurang-kurangnya selama 6 jam. Sila lihat www.instituteofheartmath.org
.
Jadi, bayangkanlah kalau pagi-pagi anak anda ke sekolah setelah kena leteran atau herdikan dari ibu atau bapanya. Itulah tenaga atau rangsangan yang kita kirim bersamanya sehingga anak kita pulang ke rumah.
.
Jadilah ibu bapa yang bijak memilih kata-kata agar jiwa dan pemikiran anak kita terbiasa dengan perkataan yang membina, bukanlah perkataan dan perasaan yang membinasakan

Rome is not built in one day.
Surah Ar Rahman, Ayat 1- 4

“Allah yang Maha pengasih,yang telah mengajarkan Al Quran. Dia menciptakan manusia,mengajarnya pandai berbicara….”

Dalam surah An An’ am ayat 97 pula

“dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu agar kamu jadikanya sebagai petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut.Kami telah menjelaskan kekuasaan Kami kepada orang-orang yang mengetahui…”
.
Semoga dengan semangat ini, ibu bapa gigih, amanah, cekal berdisiplin membentuk anak anak generasi gajet ini dengan bahasa yang indah dan menusuk kalbu agar jiwa mereka kekal murni, berkarakter kepimpinan dan bijaksana walaupun berdepan dengan badai gelombang yang membara.

.
Like & Share untuk memanjangkan manfaat ini pada semua

Oleh: Puan Noor Hayati Abdul Hamid,

Founder NALURI Early Excellence System,
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd

Melalui artikel di atas, jelaslah bahawa anak-anak mempunyai potensi yang luas dalam bertutur pada peringkat awal. Ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan utama dalam proses perkembangan bahasa anak-anak.

Oleh itu, marilah beramai-ramai sertai bengkel khas yang dianjurkan oleh NLI Education, iaitu bengkel ‘Helping Your Child to Talk’ yang akan diadakan pada 18 Ogos 2018 yang bertempat di NLI Training Room, Seksyen 7, Bangi.

Pelbagai tips istimewa akan dikongsikan oleh speaker, iaitu Aisyah Kassim yang merupakan pakar patologis pertuturan bahasa dan banyak menjalankan perkhidmatan terapi individu dan kumpulan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan.

Maklumat Acara

? Bengkel: Helping Your Child To Talk
? Tarikh: 18 Ogos 2018/ Sabtu
? Masa: 9:30 pagi – 12:30 tengah hari
? Yuran : RM 70.00 seorang
? Yuran Nursery RM 20 seorang (bagi 2 tahun dan keatas)
? Tempat: Training Room, NLI Education Sdn Bhd, Seksyen 7, Bangi.

Untuk mendaftar, sila klik link ini : http://bit.ly/helpingyourchildtotalk

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Cik Nadhrah: http://www.wasap.my/6011-56671603