Thematic Learning At Home

 

Mungkin ramai yang ada delima ni. Tema apa yang buat dengan anak. Tema ‘haiwan’ best tapi tema ‘dinasour’ anak lebih minat. Insya Allah di sini saya akan kongsikan panduan untuk memilih tema. Seperti yang pernah kongsikan, pembelajaran bertema seronok lagi memudahkan. Cuma kita ibu bapa perlu rancang ia menjadi seronok dan menarik.

1. Mulakan dengan tema yang terdekat dengan anak.

Maksudnya tema ini adalah yang paling terhampir dengan diri ini. Sudah semestinya tentang dirinya la kan. Lebih-lebih lagi berulang-ulang kali Allah menyebut di dalam Al-Quran yang kita perlu mengambil pelajaran dari dalam diri kita terlebih dahulu. Jadi wajarlah peringatan Al-Quran ini menjadi panduan utama dan asas dalam silibus homschooling.

Selain itu, tentang diri ini lebih sinonim dengan anak sebab dia boleh kaitkan dengan diri sendiri. Selalu benda yang lebih dekat, lebih kita kenal kan. Macam itu juga dengan anak. Kalau pun dia tak tahu, tak faham atau tiada idea langsung tapi dia masih lagi bole merujuk sekurang-kurangnya ke dalam diri dan sekeliling mereka.

Antara contoh tajuk atau topik yang sesuai dengan tema ‘Tentang Saya’ ialah:

*diri saya

*tubuh badan

*keluarga

*rumah saya

*haiwan peliharaan

 

2. Kemudian, pilih tema yang lebih jauh keluar

Untuk tema seterusnya, boleh pilih tema lain yang lebih mencabar. Cuma ingat tema ini tidak bole terlalu jauh seperti terus ke dinasour. Mungkin jika anak minat dinasour, selitkan dinasour dalam pelaksanaan tema ini atau buat tema ini di akhir sekali.

Boleh rujuk gamba rajah di bawah untuk lebih memahami. Jadi, tema terdekat ialah dalam relung yang paling kecil di tengah-tengah. Pilihan tema perlulah keluar dari relung tu sedikit-sedikit. Dari no. 1 hingga ke no. 4. Biasanya tema-tema ni berkaitan antara satu sama lain. Macam sequence gitu.

Saya bagi contoh pemilihan tema yang ideal (pada saya lah):

  1. Tentang saya (wajib kan)
  2. Rumah saya (sebab mungkin tak sempat buat dalam tema sebelum ni)
  3. Pekerjaan (semaikan pentingnya ada cita-cita)
  4. Material (elemen sebelum memperkenalkan dinasour)
  5. Dinasour (minat anak)

3. Tetapkan jangka masa untuk sesuatu tema.

Masa paling ideal untuk laksanakan sesuatu tema ialah antara 4-6 minggu. Ia bergantung pada objektif yang kita nak capai dalam tema tu. Cara mengendali tema juga boleh mempengaruhi jangka masa tema. Tapi cuba jangan terlalu lama atau terlalu singkat.

Kebiasaannya minggu pertama adalah pengenalan. Jadi untuk minggu-minggu seterusnya mungkin boleh jadi pecahan atau pengembangan tema. Ibu bapa bolehlah merancang pelbagai bentuk aktiviti untuk setiap minggu. Pendekatan yang bijak yang saya praktikkan ialah ‘project-based learning‘. Sebab pada saya pendekatan ‘elaboration’/’extended’ memudahkan saya rncang aktiviti apa nak dibuat seterusnya. Yang ni saya sudah pernah share diawal entry. Boleh rujuk post ni.

Sebagai contoh kita ambil tema ‘Senses'(deria) yang saya pernah buat. Tema ini saya buat selama 5 minggu. Minggu pertama saya fokus pada pengenalan jenis-jenis deria. Kemudian untuk minggu-minggu berikutnya saya pecahkan kepada setiap deria. Seminggu untuk deria penglihatan, seminggu untuk deria sentuhan dan seterusnya sehingga habis kesemua 4 jenis deria.

4. Naluri anak sebagai rujukan

Maksud ‘naluri’ anak di sini ialah apa yang anak kita nak buat. Sebab itu penting kita kenal anak kita tu. Minat dia, tahap kekcerdasan dia, dia ‘Type’ yang mana. Bukan maksud topik atau tema anak minat je. Tapi yang lebih berperanan ialah personaliti anak sebenarnya. Pengalaman saya tema apa pun kita buat InsyaAllah anak akan suka.  Tapi mesti kena dengan naluri mereka yang sedia genius tu. Siap bangun tidur je terus tanya ‘kita nak buat projek apa hari ni?’.

Ini semua saya sudah kongsikan sebelum ini. Ambil tahu dulu semua benda ini sebelum nak set tema atau beraktiviti dengan anak. Kalau tak nanti anak tak suka. Akhirnya kita yang syok sendiri.

5. Pilih tema untuk setahun.

Untuk mengurangkan stress, apa kata kita set tema untuk setahun terus. Maknanya kene beli buku tebal isi semua tema dengan jenis aktiviti bagai. Bukannn. Tapi sebagai permualaan, set je dulu sekurang-kurangnya 5 tema terus untuk buat dalam setahun tu.

‘Hah, limaaa. Banyak nya’. Mungkin ramai yang respon macam tu la. Tapi percaya la sebenarnya 5 tu sikit je. Tambah dengan kita pergi bercuti, raya, sakit dan sebagainya. Belum campur dengan ponteng sebab mak takde mood atau malas lagi (ni saya je kot -_-).

Antara contoh tema adalah seperti yang saya share kat atas tu. Mungkin ini jela masanya dalam setahun tu kita pecah kepala fikir tema nak buat dengan anak. Insya Allah lepas-lepas tu da mudah da. Cuma perlu rancang aktiviti dari masa ke semasa. Especially bila nak mula satu tema baru.

Selain 5 tema utama, selitkan juga tema khas. Samada mengikut kalendar atau ‘special events’. Contoh ikut kalendar macam bulan Islam dan kemerdekaan. Kalau untuk ‘special events’ pulak macam birthday, kemanusiaan atau isu semasa seperti pilihanraya. Ni sebenarnya untuk bagi ‘flexiblity’ pada mak ayah dan anak juga supaya aktiviti lebih variasi.

Pembelajaran bertema ni boleh percaya ke?

Sebenarnya pembelajaran bertema ni sememangnya menjadi garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia turut diguna pakai di seluruh rangkaian sekolah tadika awam di Malaysia. Saya dapat tahu pun masa saya kerja dulu sebab saya pernah kaji Modul Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Kandungan sangat lengkap dan berobjektif. Tidak lari lah dari apa yang saya cerita ni. Seingat saya tema pertama juga tentang diri saya, kemudian ke tema lain yang lebih menarik mengikut turutan kedekatan dengan anak. Tema terakhir kalau tak silap saya ‘buah-buahan tempatan’. Jadinya tak jadi pelik la jika banyak tadika dan taska di Malaysia turut mengamal cara ini termasuk milik persendirian yang berdaftar.

Ini kalau kita tengok di Malaysia. Tapi sebenarnya pendekatan ini jugalah yang diguna pakai di luar negara. Insya Allah nanti saya kongsikan blok pengajaran bertema di sekolah Iman di US ni. Untuk panduan senarai tema yang saya da buat boleh rujuk di sini atau ke facebook ‘Thematic Homeschool’. Ade panduan berserta gambar sekali InsyaAllah.

 

 

Artikel Penuh di tulis oleh: Pn Nurul Huda Ahmad Nawawi

Website: https://thematichomeschool.wordpress.com

Facebook: Thematic Homeschool

————————————————————————————————————————————————————

Bagi anda yang ingin mendapatkan ilmu secara langsung oleh Pn Nurul Huda Ahmad Nawawi

Jemput Hadir Ke Parenting Workshop

Thematic Learning at Home

21 April

9.30 Pagi-12.30 Tengahari

Bertempat di Training Room NLI Education Sdn Bhd

Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

 

untuk mendaftar klik link ini 

http://bit.ly/ParentingWorkshop2018

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Nadhrah

http://www.wasap.my/6011-56671603