Rumahtangga yang bahagia dipengaruhi oleh komunikasi yang positif. Ia juga seterusnya mempengaruhi suasana pertumbuhan sejahtera buat anak-anak. 

 

Suami dan isteri, pasti mempuyai impian anak berjaya dunia & akhirat. Umum juga menyedari bahawa lelaki dan perempuan mempunyai cara berfikir yang berbeza. Cara memahami sesuatu juga ada keistimewaan masing-masing .

 

Begitu juga dalam menjayakan pendidikan anak-anak. Corak berfikir dan komunikasi yang berbeza, kadang-kala menjadikan kita bingung walaupun niat kita sama

 

Ada seninya bila berbicara dengan berlainan jantina. Mengetahui seni berbicara antara suami isteri ini akan memudahkan kita menjayakan pendidikan anak-anak.  

 

Hal ini telah banyak di kupas oleh Pak Utih yang sudah biasa membentangkan topik ini pada seminar yang beliau sampaikan. Beliau juga menulis beberapa buku tentang hal ini yang banyak menjadi buku rujukan ramai.

 

 

 

 

 

Bagaimana pula dengan komunikasi efektif bersama anak?

 

Berbicara dengan anak juga, punya seninya tersendiri. Kita sudah pasti mengimpikan anak yang cemerlang. Tetapi jalan menuju target ini sudah tentu perlu kita terlusuri dengan lebih rapi.

 

Lihatlah komunikasi sebagai investment jangkamasa panjang yang mempengaruhi persepsi anak sehingga dewasa.  

 

Gaya berkomunikasi yang positif, dapat membantu anak memahami sesuatu dengan kesedaran yang lebih baik.

 

Tindakan yang dibuat bukan kerana paksaan tetapi kerana memahami dan rela. Akhirnya membuahkan banyak kesan positif yang berpotensi dibawa hingga merentasi generasi dan manfaat ramai.

 

Sudah pasti ia perlu dimulakan oleh orang yang amat berpengaruh dalam hidup anak, iaitu ibu ayahnya sendiri. Kitalah JUARA anak kita

 

Puan Noor Hayati Abd Hamid, Principal Consultant NLI Education akan mengupas hal komunikasi dengan anak ini .

 

 

 

 

 

Oleh kerana itu, seminar ini adalah merupakan pelaburan jangkamasa panjang untuk kejayaan ahli keluarga. 

Berikut adalah pecahan modul untuk seminar nanti: 

Pak Utih
?Modul 1 (30%): 
Suami Hensem, Isteri Ohsem 


.
Noor Hayati binti Abdul Hamid
?Modul 2 (30%): 
Parent-Child Communication 
.
?Workshop (40%): Komunikasi Efektif, Keluarga Produktif (Bengkel Interaktif)
.
?Yuran Pendaftaran
RM160/Seorang
RM300/Suami & Isteri
.
?Special Offer For Awal Muharam
RM140/Seorang
RM245/Suami & Isteri
Sehingga 22 September 2017
.
?Children Activity Centre
RM35/Seorang
.
**para bapa amat menghayati dan aktif berbengkel, terserlah ciri kepimpinan mereka, pastikan ketua dan penolong ketua keluarga hadir bersama.

??Klik di bawah untuk daftar:

☎?Sebarang pertanyaan Sila hubungi Cik Nadhrah
019 6916559

 

Artikel-artikel berkaitan topik komunikasi : 

9 Tips Bonding dengan anak

To Listen is To Learn

Berbual-bual dengan bayi dan kanak-kanak

Perbualan dengan anak

Bagaimana Keadaan Anak Kita Hari Ini

Kawalan Amarah Sang Ibu Ayah

KOMPILASI KISAH MAMA 1-7