Bantu anak suaikan diri

 

Sempena musim persekolahan yang baru bermula, ibu bapa dan anak-anak memulakan langkah mengadaptasi dengan jadual baru.

 

Buat ibu bapa baru, banyak yang bermain dalam fikiran, apakah yang boleh dilakukan untuk membantu anak-anak menyesuaikan diri. Baca kompilasi ini.

 

  1. Set kan di minda, ia satu proses perubahan yang memerlukan masa, kepercayaan dan kesabaran. Tanam keyakinan bahawa ibu ayah, sekolah/tadika dan anak-anak boleh melaluinya. Kita akan melaluinya bersama.

 

  1. Berbicara dengan anak, mengenai perubahan yang akan berlaku, jadual keluarga, jadual semua ahli, pukul berapa keluar rumah, pukul berapa bangun pagi, apa tugas semua orang, apa rutin sebelum keluar. Apa yg diharapkan, solat, gosok gigi, kelas bilik sebelum keluar rumah (ikut tahap umur anak).

 

  1. Buat persiapan awal, anak rasa dihargai, anak lihat bahawa kita menitikberatkan urusan mereka. Baju digantung, beg disiapkan, jam loceng di tetapkan. Anak yang rasa dihargai akan menghargai dan lebih bekerjasama.

 

  1. Patuhi perancangan sebaiknya, sekiranya tersilap, bincangkan bagaimana langkah yang boleh diambil agar lebih baik. Beri peranan semua ahli dari yang besar hingga kecil.

 

  1. Tidur awal. Semua anak-anak patut mendapat tidur yang secukupnya untuk mencapai prestasi yang cemerlang di sekolah. Ia amat membantu rutin anak-anak. Fokus, emosi akan baik apabila mereka mendapat rehat yang baik. Jangan biasakan tidur lewat dengan apa jua alasan.

 

  1. Duduk sebentar dengan anak di sekolah/tadika. Perkenalkan guru barunya. Cari peluang paling awal untuk tinggalkan anak. Sekiranya nampak ok, terus boleh tinggalkan, tak perlu berfikir-fikir dah.

 

Sekiranya anak gelisah, menangis, cuba santuni dan cuba pujuk. Kalau xberjaya, terus dapatkan bantuan guru. Ibu ayah perlu tinggalkan segera premis tadika/sekolah. Anak anda dan guru tadika perlu ruang untuk saling mempercayai.

 

Anak-anak akan menangis lebih kuat sekiranya ibu ayah masih dalam radar sekolah.

 

Janji dengan anak pukul berapa akan datang ambil, patuhi masa yang dijanjikan. Anak-anak akan belajar integiriti dan mempercayai ibu ayah dengan cara ini. Anak akan mula membaca rutin baru ini. Ia sedang memproses dan menimbangkan samada ibu ayah, guru boleh dipercayai atau tidak.

 

Balik dari tadika/sekolah, beri perhatian kepada perbualan dengan anak. Dengar apa yang anak mahu ceritakan.

 

  1. Pihak sekolah pastikan ada had masa yang anda boleh hadapi tangisan anak. Bantu anak-anak yang masih baru, kemungkinan tangisannya berlarutan, ia tidak normal.

 

Anak-anak yang ditinggalkan ibu ayah di sekolah, mereka bergelut dengan perasaan gelisah, tempat baru, tak kenal kawan, tak kenal cikgu, tak kenal tandas, tempat makan, tempat duduk.

 

Sekiranya anak menangis, pihak guru bantu memujuk dengan beri ruang ia melepaskan emosinya. Peluk, jangan dipaksa untuk membuat apa-apa. Biar ia lihat sendiri keseronokan aktiviti yang dilakukan rakannya. Berikan ia pilihan untuk mengambil air dan biskut.

 

Anak-anak yang dipaksa akan merasakan ruang peribadi privasi dirinya dirobohkan, mereka mahu dihormati. Anak yang volunteer join aktiviti adalah lebih baik dari yang dipaksa. Anak-anak secara fitrahnya akan sertai aktiviti sekiranya rasa teruja dan menarik, jadi pastikan aktiviti kita menarik. Aktiviti menarik adalah magnet guru berjaya, bukan jeritan atau paksaan.

 

  1. Beri ruang dan kepercayaan kepada tadika/sekolah untuk mengelola anak-anak dalam tanggungjawab mereka. Institusi yang diberi kepercayaan akan lebih yakin menjalankan tanggungjawab mereka. Sekitarnya timbul isu, pastikan anda mendapatkan orang yang tepat untuk sebarang perbincangan. Bersifat matanglah dalam menguruskan anak-anak.

 

  1. Dapatkan maklumat lengkap dari tadika dan sekolah bagi membantu urusan teknikal dan komunikasi. Patuhi dan hormati ketetapan yang diberikan.

 

  1. Sentiasa upgrade jadual rutin keluarga. Ubahsuai mengikut kemampuan keluarga. Cari titik masa berkumpul, dalam kereta dan makan malam. Komunikasikan bersama. Anak-anak perlu ruang untuk rutin baru. Hargai detik yang ada bersama.

 

Ia proses yang mendewasakan, dan menyeronokkan.

 

Credit: Nurul Hanan Arifin, Pengarah Urusan NLI Education Sdn Bhd

#NALURIKreatif

#Nurturinghabitsofexcellence