Mari siapkan anak-anak untuk Sesi Persekolahan Tahun Baru 2019 Tahun baru, Harapan Baru.

Banyak yang ibubapa boleh lakukan untuk persediaan anak-anak memasuki sesi persekolahan dengan lebih tenang. Purata keluarga muda di Malaysia adalah lebih kurang 3 orang anak-anak yang bersekolah ke tadika taska dan seumpama dengannya.
.
Ada yang darjah 4, ada yang darjah 2, dan ada yang masih di tadika.
.
Apa pun situasi ibubapa, ada beberapa perkara yg boleh dilakukan.
.
1. Kaitkan Indahnya Alam Persekolahan
.
Jangan sesekali kita katakan
‘Macamana ini nak pergi sekolah’
‘Ayah mama tidak ada, abang kena pandai beli sendiri makanan!’ Bertambah teruk lagi dengan nada yang cemas
.
Kaitkan dengan aktiviti menarik pergi sekolah
Cikgu Baru Kawan baru ‘Nak buat projek apa kat sekolah ya’. Makanan yang boleh dibeli di kantin sekolah.
Atau Ibu siapkan bekalan untuk adik pergi sekolah
.
2. Tunjukkan semangat gembira kita
.
Sokongan kita untuk anak-anak ke sekolah. Kita terlibat sama dalam hal ni Jom kita sediakan kasut, buku-buku
Bila nak balut buku-buku ini Sarung kaki kita masih ada atau nak kena beli yang baru? Baju sekolah, kalau masih elok boleh pakai lagi. Beli baju baru sebagai tambahan sahaja. Akhir-akhir tahun mungkin akan dapat lebih banyak diskaun, tetapi tidak banyak pilihan saiz.
.
3. Sama-sama siapkan beg sekolah, 
.
Semak alatulis anak, bilang berapa bawa ke sekolah, pastikan nanti bawa balik juga, kecenderungan untuk hilang barang agak tinggi. Pesan kepada anak-anak jaga barang kita dengan baik. Habis guna simpan, bilang dah cukup belum. Tanamkan semangat sayang barang-barang kita, jaga dengan baik. Langkah berjimat cermat.Hilang nanti kena beli lagi.Rugi.
.
4. Bincang bersama anak-anak
.
Botol air dan bekal makanan, seeloknya kita labelkan supaya tidak tertukar ataupun anak boleh label sendiri guna sticker buat sendiri.
.
5. Ayah dan ibu tunjukkan riak muka ketenangan agar anak dapat merasa ketenangan bila ke sekolah juga.
.
Elakkan kekecohan pagi nak kesekolah:
Mana kasut abang?
Mana kasut adik?
Sarung kaki semalam di mana ya?
Tanya dengan baik, bukanya seperti hendak sergah, geram dan kecewa.
Nada suara membimbing dan ajak berfikir dalam menguruskan diri.
Baju-baju juga sudah siap digosok semalam.
Bertingkah laku setenangnya agar dalam semua situasi dapat di selesaikan dengan setenang-tenangnya. Anak sentiasa melihat dan akan terikut tanpa sedar.
.
6. Rancangkan agar anak dapat rehat sepenuhnya, 
.
1-2 hari sebelum ke sekolah. Mulakan 
dengan diri yang sihat, minda yang derdas dan badan yang sihat. Usahakan untuk satu permulaan yang terbaik dan yang dirancang. Semoga menjadi rutin berkekalan. Sekiranya tidak berlaku yg terbaik, sekurang-kurangnya persediaan telah dilakukan.Tawakkal Allah
.
7. Doakan anak-anak untuk berjaya, 
.
Bina harapan, kongsi pengalaman, ajak anak berkongsi kerisauan, kegembiraannya agar sentiasa anak rasa kita sentiasa ada dekat untuk mereka.
Walaupun ayah dan ibu seorang yg sibuk,mengalahkan menteri..ha..ha..ha..
.
Selamat mencorak bahagia bersama anak-anak.
Mereka kecil hanya sekali…
Bila dah besar semuanya sudah berlalu…
Pilihan dalam genggaman kita..

KECEMERLANGAN AKAL BUDI DAN JIWA PERKASA BERMULA DARI RUMAH KITA…

Credit Noor Hayati Abdul Hamid
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd