Syukur kepada Allah kerana dengan kasih sayang dan rahmatNya ITT 4.0 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 16 & 17 September 2017 yang lalu. Alhamdulillah!

Untuk makluman, dalam setahun kami ada 4 kali training. Ini menunjukkan bahawa NLI Education sdn bhd tersangatlah komited dalam melahirkan generasi guru yang berkualiti sekaligus berpemikiran kreatif, kritis dan inovatif menerusi konsep Natural Learning.

Apa itu Natural Learning? Suka untuk dikongsikan bahawa Natural Learning merupakan tunjang NALURI. Ia menggunakan pendekatan semulajadi mengikut fitrah anak dan mementingkan interaksi dengan alam.

Kami bawakan Experiential, Project-Based Learning dan Thematic Projects sebagai asas pengajaran dan tidak terima dengan buku dan kertas semata-mata. Kepelbagaian aktiviti seperti Cooking, Gardening, Creative Arts, Outdoor classroom, Connecting Maths & Reading, Thematic Visit, Practical Solat dan Early Hafazan, Natural Reading & Journaling dan banyak lagi amatlah kena dengan jiwa anak.

Kami juga mengutamakan Happy Children Happy Environment. Anak yang gembira akan berjaya. Anak dibantu oleh suasana persekitarannya yang mengujakan dan para guru NALURI yang berdedikasi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran tadika.

Sedikit perkongsian di atas ini dilakukan dengan sungguh – sunguh baik di peringkat admin mahupun peringkat guru demi mencapai visi dan misi syarikat iaitu ‘Connecting Children To The Wisdom Global And Humanity’ dan ‘Providing The Maximum Oppurtunity For Children To Excel In Their Natural Environment Through The Concept Of Natural Learning’.

In shaa allah ???
#NALURINurturingHabitOfExcellence