8 Tips Agar Ceria Di Musim Cuti Sekolah

Untuk ceria bersama anak dan dalam masa yang sama ingin membimbing mereka menjadi insan yang seimbang memerlukan satu seni dan memerlukan elemen berfikir kritikal.

Di era moden ini, pergaulan dan komunikasi bersama anak ini memerlukan strategi yang betul dan berperingkat, selain kesabaran serta disiplin yang tinggi.

Strategi pengurusan anak juga banyak membantu ibu bapa dalam mengawal keadaan sekeliling dengan anak.

Anak-anak pun faham-fahamlah, terlalu banyak “kejutan” yang diberikannya, seperti menumpahkan air di restoran, jatuh sehingga luka ketika bermain, mandi tak mahu keluar, meragam di kedai jika tidak dapat mainan, ingin makan sendiri sehingga comot dan berselerak dan bermacam-macam lagi.

8 Tips Agar Ceria di Musim Cuti Sekolah
Sumber: Tadika NALURI Kreatif

Jadi bagaimana kita sebagai ibu bapa perlu menghadapinya? Jom amalkan perkara ini:

  1. Bangun awal dan mulakan hari anda dengan makan makanan yang mencukupi untuk bekalan tenaga pagi.

  2. Persiapkan plan harian untuk aktiviti anak-anak anda. Ini termasuklah hal-hal kerja rumah seperti mengemas bilik, mencuci tandas, membasuh kereta, berkebun, dan sebagainya.

  3. Kalau urusan memasak, lebih elok jika kita boleh mempersiapkan bahan basah dan sayur-sayuran, seperti membersih dan memotong siap bahan memasak di dalam bekas.

    Jangan lupa simpankan di dalam bekas kedap udara ataupun plastik berzip agar sayuran kekal segar dan tidak mudah rosak.

  4. Ajar anak tidur awal dan wujudkan suasana nyaman di dalam bilik mereka. Pastikan mereka mendapat tidur yang cukup agar anak akan lebih ceria dan sihat serta mudah diurus.

  5. Sambut anak anda dengan muka yang ceria di pagi hari seolah-olah kita sedang menunggu anak bangun. Dengan ini anak lebih rasa didekati dan senang mendengar kata.

  6. Pastikan keselamatan anak sentiasa diutamakan. Memang menjadi fitrah kanak-kanak yang suka mencuba sesuatu, maka kita sebagai ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi setiap pergerakan anak.

  7. Sediakan makanan, minuman mahupun permainanan kegemaran anak sebelum diminta. Kalau anak minta sesuatu, cuba kita penuhi dan elakkan anak hilang sabar sehingga mereka mula memberontak. Nampak seperti sukar namun mencegah lebih baik dari merawat, bukan?

  8. Adakan waktu santai bersama yang seimbang tidak kira sama ada ianya aktif dan pasif. Membuat aktiviti bersukan adalam contoh aktiviti aktif, manakala aktiviti pasif adalah seperti membaca buku dan bercerita bersama anak.

Begitulah antara langkah yang boleh diambil dan dipraktikkan dalam kehidupan harian. Sikap anak perlulah dibentuk dari kecil, seperti bak pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Jika kita boleh mendisiplinkan diri, tidak mustahil kita juga secara tidak langsung membentuk keperibadian anak.

BACA: Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Keperibadian Anak

 

Artikel ini di tulis oleh Puan Noor Hayati Abdul Hamid. Beliau adalah Founder NALURI Kreatif dan Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd. Anda boleh layari laman YouTube kami untuk mengikuti 5 TIPS PARENTING yang didatangkan khas oleh Puan Noor Hayati sendiri.