Kita nak anak dengar cakap kita tapi pada yang sama watak kita membuatkan anak lari dari kita…Sedih….
Kita nak A….buat B pula?
Sampai masanya kita amalkan sunnah sebaik-baiknya, 
didik anak bukan hina anak.
Cakap dengan anak, beri sebab musabab sesuatu perkara tak boleh dan tak molek dilakukan…
Memang memerlukan kesabaran serta kemahiran melakukannya.
Sebagai penghibur hati dan menguatkan semangat kita sama-sama
sentiasa kita ingat pesanananNya
.
Al-Baqarah:153
“Wahai orang-orang yang beriman, jadikan solat dan sabar sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang Sabar” dan banyak ayat lain lagi.
.
Memaksa anak adalah senang.
Nak bimbing anak buat dengan kerelaan hatinya sendiri itulah bimbingan dan pendidikan yang hakiki.
Yang memerlukan kita menjadi seorang yang benar dalam tingkahlaku kita sebagai ibu bapa, penjaga, atuk, nenek kepada anak cucu yang sedang membesar. Kuasa di tangan kita jangan disalahgunakan.
Tarik nafas panjang-panjang masukkan oksigen 
banyak-banyak dalam diri kita tu.
.
Buya Hamka kata manusia yang baik ialah yang panjang akalnya, berfikir sebelum bertindak
Bukan bertindak dulu baru nak fikir.
?
Terlajak perahu boleh undur
Terlajak tindakan.amat buruk padahnya.
.
Renungkanlah apakah kita telah lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita itu
Bagaimana mereka ke sekolah tadi?
Hendaknya dengan iringan doa dan senyuman serta semangat berkobar kita temankan dan jadi bekalan kepada anak-anak kita.
Bukan mereka melangkah bawa bersama hati luka teringat-ingat kata cemuhan, herdikan di pagi hari tadi.
Berjuanglah mereka dalam suasaan jiwa yang celaru di sekolah amat sedih.
.
Mengikut kajian (Inst of Heartmaths, Philadelphia, US) perasaan ini akan bersama anak kita selama 6 jam.
.
Berapa lama anak kita di sekolah?
Berbaloikah ledakkan emosi kita di pagi hari itu?
Jadilah ibu bapa yang BIJAK
Bijak mengurus emosi
Bijak mengurus diri
Bijak mengurus keutamaan
Bijak memilih kata-kata
Seperti indahnya intan berlian yang tersemat di HATI
Selamat berjuang anak-anakku…ibu bapa generasi kini…sahabat-sahabat…
Gelaran ibu bapa satu gelaran teramat mulia…
Allahuwaklam….
.
Credit: Noor Hayati Abdul Hamid
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd