Bersekolah dengan alam : kompilasi perbualan dalam kereta bersama anak-anak

Malaysia sedang bercuti panjang. Jalan raya Malaysia sesak di semua arah Timur Barat Utara Selatan. Apatah lagi pada permulaan, dan akhir cuti.

Kita semua pernah melalui perjalanan yang panjang di dalam kenderaan. Malah bersama anak-anak pangalamannya pasti berbeza dengan kita sekiranya bersendirian.

Perjalanan mungkin sesingkat 1 hingga 3 jam, atau ada yang menjangkau 6-8 jam. Ketika musim hari raya pasti ada yang melebihi 8 jam.

Apakah yang boleh diisi dalam kereta selama itu?

Salah satu aktiviti wajib bagi saya dan anak-anak di dalam kenderaan adalah menarik minat mereka terhadap alam. Walaupun kadang-kadang saya teruji mendak mencari idea bagi mempelbagaikan cara atau kaedah, saya akan tetap menggunakan alam sebagai subjek.

Membina pengetahuan
1- Bintang diperbuat dari apa? Bagaimana bintang boleh keluarkan cahaya?
2- Pakaian diperbuat dari pokok apa? Tunjukkan pokok nya.
3- Siapa tahu apa proses menoreh getah?
4- Itu pokok apa? Apa kegunaan kelapa sawit?
5- Apa yang ditanam di sawah?
6- Apa jenis pokok di rain forest? Canopy and layered. Tengok pokok-pokok di bukit tinggi tu. Tinggi mcm khemah dan bertingkat-tingkat

Membina awareness
1- Berapa keluasan PuLau Banding?
2- Apakah negeri yang kita akan lalui darI Kota Bharu ke Kuala Lumpur
3- Kenapa di sini banyak pokok kelapa? Kita sedang melalui kawasan apa? Tengok waze, apa yang biru tu.
4- Berapa jam perjalanan dari Ipoh ke Kota Bharu
5- Kita di kelilingi bukit. Bukit ini sangat besar tidak terputus. Ini banjaran besar.
6- Cuba cari berapa warna pokok di bukit itu. Ada nampak pokok warna kuning tak.

Menguji kreativiti
1- Agaknya kenapa ya awan tu tak jatuh, ada tali ke yang pegang awan tu?
(Tak de tali ummi, ada api kat bawah awan supaya awan tak jatuh) ??
2- Awan ni bentuk seperti apa ya?
Animals ummi, macam dinosaur. Sbb besar sangat. ??
Awan ni fluffy ummi, ia bouncy ??

Membina aqidah anak
1- Hebatnya Allah yang menciptakan bintang yang cantik, siapa suka bintang?
2- Tahukah kita, kita semua akan mati, dan kembali ke kubur, kemudian bangun semula dan berkumpul di padang yang sangat besar, macam padang ini tapi lebih besar, namanya Padang Mahsyar.
3- Bukit ini sangat besar, namanya Banjaran Titiwangsa. Tapi semua bukit akan runtuh, gempa bumi dan hancur di Hari Kiamat. Semua bintang akan jatuh. Kita tak tahu masanya

Membuat latihan membuat ayat (saya, dia, mereka, kami, kamu)
1- Saya dan keluarga pulang ke Ipoh sempena Cuti Hari Buruh.
2- Mereka melalui lebuhraya utara selatan PLUS.
3- Kami mahu berjumpa sepupu di rumah Mak Wan.
4- Dia menaiki keretapi dari Kuala Lumpur.
5- Kamu akan tiba pada jam berapa?

Membina sisi pengibadatan dan ketaatan pada Allah
1- Langit dah nak gelap, langit bertukar menjadi oren, mari kita berzikir ma’thurat, jom sama-sama
2- Kenapa burung balik balik rumahnya sebelum malam? Kenapa kita kena balik rumah sebelum malam?
3- Sedapnya burung menyanyi, siapa tahu burung nyanyi apa? Tahu tak burung sedang berzikir memuji Allah?

Latihan membaca dan mengecam
1- Lihat signboard biru itu tulis apa?
2- Cari Kota Bharu lagi berapa KM?
3- Bagaimana nak eja Tok Bali

Begitulah serba sedikit bagaimana kita boleh memanfaatkan perjalanan bersama anak-anak di dalam kenderaan.

Kompilasi di atas mungkin kelihatan banyak, ibu bapa cuba dan pilihlah suasana yang sesuai untuk mengaplikasikannya. Cara penyampaian juga perlu melihat suasana. Pilih cara yang paling baik untuk mempengaruhi minda anak-anak.

Dan akhirnya, tahukah ibu bapa bahawa perjalanan merupakan ketika yang sesuai untuk kita membina pemikiran dan menasihati anak, ini dilihat melalui sirah Nabi yang banyak memberi nasihat kepada sahabat kanak-kanaknya ketika dalam perjalanan ke destinasi yang dituju.

“Hai anak kecil, Jagalah Allah percaya Dia menjagamu…”