Bagaimana Keadaan Kita dan Anak-anak kita hari ni?
.
Walau bagaimanapun tak puas hati atau nak marahnya kita dengan anak sebab tak dengar cakap kita. Lepaskanlah dia dulu ke sekolah pagi ini dengan doa harapan dan kasih sayang seorang Ibu/Ayah yang inginkn anaknya berjaya.
Maafkanlah dia dulu…
.
Lepaslah dengan doa yang ikhlas. Padamkanlah dulu api kemarahan yg mungkin membara dalam diri kita demi masa depan ank kita. Orang yang kuat adalah orang yang boleh mengawal api kemarahannya.
.
Akan ada masanya untuk berbicara dan bincang dengan baik dan bertamadun dengan anak kita, semasa santai selepas makan atau petangnya atau selepas solat.
.
Masa dan keadan yang sesuai sangat penting dalam memberi nasihat kepada sekiranya kita mahu anak kita dengar dengan baik dan faham kenapa kita tegur dia.
.
Ianya bermula dengan KITA. Kita faham dan dengar keperluannya dengan sebenar-benarnya faham.
.
Anak-anak akan lebih tekun,senang belajar dan faham apa yang guru ajar sekiranya mereka berada dalam keadaan hati dan jiwa yang tenang. ArRasul diturunkn untuk membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang.
.
Kajian dari HeartMaths Institute juga telah membuktikan secara saintifiknya, kalau anak-anak dimarahi atau sesiapa sahaja dimarahi. Perasaan kita terganggu dan akibatnya kita akn susah nak fokus untuk selama 6 jam.Fikir-fikirkanlah apa yang telah kita buat ni.
.
Berapa lamakah anak kita disekolah? Dari pukul 7.20 pg sehingga 1.30 tghri. Bukankah 6jam lamanya?Adakah kita hairan kenapa anak kita tak dapat fokus, dapat markah yang rendah dan kita dengan senangnya mengatakan anak kita malas tak sayang mak, tak sayang ayah?
.
Mungkin yang kita nampak adalah ‘ the tip of an iceberg’ sahaja.
Saya ingin mengajak semua ibu dan bapa yang baca tulisan dan coretan dari hati ini untuk mulakan hari anda dengan sepenuhkasih sayang. Buat pilihan ini dan insyaAllah ianya akan makin lama makin senang dilaksanakan.
.
Sebab bukankah Allah telah berjanji, sekiranya kita bersungguh-sungguh berjuang dijalan Allah, Allah akan menunjukkan jalannya. Jalan sabar, jalan keluar kata-kata indah yang enak didengar oleh anak-anak, sebab mengandungi kata ikhlas dan benar.

Anak-anak tidak lagi dengar kata-kata melepaskan geram dari ayah /ibu. Tak dengar lagi rasa cemas dan kurang percaya ibu bapa terhadap keupayaan anak-anaknya.
.
Semoga Allah perindahkan hari kita hari ini dengan tenaga dan roh kasih sayang untuk suami /isteri kita, anak-anak permata hati. Kalau tidak kita yang mulakan perubahan siapa lagi?
.
AMANAHkah kita dalam melunaskan tanggunjawab kita dengan anak-anak kita? Ramai orang yang TAHU, tetapi tidak ramai orang yang boleh dan MAMPU BUAT. Pilihlah untuk BUAT untuk diri kita dan anak-anak kita kerana kehidupan kita adalah satu pilihan.

Selamat Membimbing Anak dengan Paksi Kasih Sayang dan Silaturrahim yang sebenar…dari Kegelapan kepada Cahaya.
Wassalam

Allahu wa’lam
.
Oleh: Puan Noor Hayati Abdul Hamid,
Founder NALURI Early Excellence System,
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd