Apabila berbicara dengan anak, bukan sekadar berbual biasa sahaja. Jom ikuti 7 Tips berbicara dengan anak supaya perbualan menjadi lebih bermakna.

1. Bercakap pada paras matanya.
Jangan kita berdiri tegak dan anak terpaksa mendongak ke atas. Tunjuk minta kita untuk berbual dengan mereka.

2. Sabar menunggu anak mengeluarkan pandangannya.

Akan mengambil masa sedikit sebab dia masih kanak-kanak. Sementara anak mencari-cari kosa kata dan susunan ayatnya, kita mengangguk perlahan sambil senyum dan setia menunggu.

3. Guna ayat yang anak mudah faham.
Learning made easy. Contohnya, ini mama dia dan ini papa dia.

4. Cakap dengan jelas
Cakap sesuai dengan apa yang anak perlukan. Bukan cakap perasaan kita sedang marah, kecewa, geram. Cakap apa yang kita harapkan anak kita lakukan. Dari mengatakan “ Berapa kali dah mak/ ayah cakap?”, tukarkan kepada “ Apa kita nak buat sekarang?”. Dengan ayat-ayat umpama ini, kita memberi peluang untuk anak memikirkan sendiri langkah yang sebenarnya telah diketahuinya.
.
Expectation bahawa anak akan buat itu adalah bagaikan kita memberi tenaga tambahan kepada anak, membantu anak dengan cara psycho untuk bertindak membuat apa yang sepatutnya dilakukan. Anak perlukan masa dan kepercayaan untuk mampu membuat perubahan dan ikut arahan.

5. Cakap dengan tenang
Intonasi suara amat mempengaruhi keberkesanan bicara kita dengan anak-anak atau sesiapa sahaja. Terutama dengan anak sebab masih belum matang tetapi cerdik ini. Gaya dan intonasi mencerminkan expectation kita.

6. Cakap dengan harapan anak akan faham
Cakap dengan harapan anak akan faham, sedia menerima. Bukan dengan prejudisnya, budak ni degil. Ada ke nak dengar cakap?

7. Tingkat dan cari peluang untuk berbicara sihat dengan anak.
Cari buku untuk sambung minat anak seperti buku cerita tentang kereta, mammoth, octopus yang sedang dibualkan dengan anak kita. Dari jigsaw puzzle yang besar, tengok video bersama-sama, beli toys sebagai bahan untuk membina focus dan mengembangkan minat, lukis dan bina bloks kereta, trucks di samping memperkenalkan kosa kata secara neutral.
.
Anak 3 tahun berupaya memahami kosa kata yang tinggi apabila dikaitkan dalam konteks sebenar seperti cucumber, snake beans, diplodocus ialah dinosaur yang tak makan orang tetapi makan sayur, T-rex kecil tapi makan orang, truck, excavator, dump truck dan back-hoe.
.
BICARA
.
Kita berbicara dengan anak, membina kefahaman anak, membangunkan daya fikir anak juga seperti selepas bermain haruslah simpan barang, bermain puzzle dan bagaimana hendak melengkapkannya.
.
Tabiat kita membaca, anak akan perhati dan akan menjadi tabiat mereka juga. Perkongsian perbualan dan penggunaan laras ayat dan bahasa yang baik akan menyentuh perasaan dan keupayaan anak berbicara.
.
“Bahasa Jiwa Bangsa” amat diperlukan disaat kita berhadapan dengan bahasa dan budaya gajet bagaikan satu budaya yang mengancam manusia sekiranya tidak diawasi.
.
Selamat berbicara dengan niat fokus membina jiwa yang kental, minda yang kaya, kreatif agar dapat melahirkan individu yang inovatif dan bertanggungjawab.
.
(Oleh: Noor Hayati Abdul Hamid, Pengasas NALURI Kreatif Excellence Centre (Tadika) & Principal Consultant, NLI Education Sdn Bhd.)
.
Hadiri Open Day cawangan baharu kami, Playhouse Naluri Kreatif, Bangi (1-3 Tahun) pada 15 Februari ini. Klik di sini untuk alamat penuh, tarikh & daftar kehadiran sekarang:
http://bit.ly/NALURIPlayhouseOpenDay2020