1. Sekiranya kita sering memberi perhatian semasa anak kita bercakap anak akan belajar budaya bercakap sopan. Orang cakap kita dengar dan cuba faham

 

2. Sekiranya mereka selalu digesa-gesakan paksa buat itu dan ini dia belajar untuk mendapat sesuatu melalui paksaan.

 

3.Sekiranya kita sering munkir janji kepada anak kita anak akan belajar untuk tidak mempercayai kata-kata kita.

4.Sekiranya kita selalu ‘send them off’ ke tempat lain semasa kita buat kerja mereka mendapat mesej mereka tidak penting tidak di hargai.

5. Sekiranya mereka diajak berbincang, meneroka minat, citarasa dan pandangan, mereka rasa diri mereka diperlukan dan akan membantu

6. Sekiranya kita sering marah-marah anak,lebih rasa marah dari disayangi, mereka rasa diri mereka terlalu kerdil tiada guna anak menjadi lesu tidak bertenaga.

 

7. Sekiranaya anak kita lihat kita sering mentelaah, membaca al-quran anak-anak akan terbawa-bawa mengikut tabiat kita. Berjinak-jinak dan gemar mendapat kabar cerita yang terkandung di dalamnya.

Fikir-fikirkanlah apa yang sering kita lakukan itulah menjadi pengajaran dari alam kehidupan anak kita.

Hairankah kita kalau anak kita tidak bertenaga dan lesu…..?

#Sayang Anak
#Naluri 
#Air dan kehidupan
#Matahari dan bintang
#Jiwa tenang

 

Oleh: Puan Noor Hayati Abdul Hamid,
Founder NALURI Early Excellence System, 
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd