Pentingnya Sensori dalam Mempengaruhi Pembelajaran Anak

Sensori merupakan perakara yang amat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Selalunya kita terlalu berfokuskan kepada keupayaan kognitif dan melupakan keperluan sensori kanak-kanak. Sebenarnya kemahiran kognitif kanak-kanak akan menjadi lebih baik apabila keperluan sensori,  perkembangan sensori motor dan perkembangan persepsi motor berkembang dengan baik. Sebab itulah ketika awal usia perkembangan kanak-kanak, aktiviti berbentuk sensori perlu diperkenalkan bagi membolehkan kanak-kanak menerokai persekitaran melalui deria sensori.

Terdapat 7 deria sensori yang perlu diberi perhatian.

  • Visual
  • Auditori
  • Sentuhan
  • Rasa dengan lidah
  • Hidu
  • Pergerakan (Proprioception)
  • Keseimbangan (Vestibular)

Aktiviti sensori motor lebih berbentuk aktiviti fizikal atau kemahiran motor kasar.

Aktiviti sensori persepsi pula adalah berbentuk daya tumpuan dan keamatan yang diperlukan dalam aktiviti persediaan ke alam persekolahan formal.

Latihan aktiviti sensori perlu selari dengan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, biarkan kanak-kanak bermain dalam situasi yang membolehkan pembelajaran berbentuk kepelbagaian sensori!

Bermain permainan interaktif di iPad atau Tablet hanya melibatkan deria sensori visual, sentuhan dan pergerakan yang minimum. Seeloknya dedahkan mereka kepada permainan alam yang lebih benyak penerokaan deria

Selamat bermain! Dan kemudian kanak-kanak boleh memberi tumpuan terhadap pembelajaran formal setelah keperluan sensori dipenuhi. Sama analoginya seperti apabila kita belum makan, kita belum pasti boleh menumpukan perhatian terhadap aktiviti harian bukan?!!

—————————————————————————————————————————————–

 Artikel ini telah boleh didapati di website https://www.mahfuzahzainol.com, dan telah ditulis oleh Puan Mahfuzah Zainol, Terapis Carakerja yang kini menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah (Terapis Carakerja) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di Pusat Pendidikan Khas Putrajaya. 

Berita baik untuk semua ibu bapa, beliau merupakan speaker di acara Parenting Workshop 14 April ini dengan tajuk: Aplikasi Teknik Sensori Dalam Meransang Kemahiran Dan Perkembangan Anak. Ilmu ini dan huraiannya serta contoh praktikal yang lebih mendalam bakal dikongsikan oleh beliau.

Maklumat penuh Parenting Workshop ini boleh didapati di pautan ini :  http://bit.ly/tekniksensori

—————————————————————————————————————————————–

πŸŽ™ Aplikasi Teknik Sensori Dalam Merangsang Kemahiran Dan Perkembangan Anak

Sabtu, 14 April 2018

πŸ•ΉParenting Workshop by Occupational Therapist

Nadiyah : Jom Sabtu ni 14 April kita pergi satu event ni. Tajuk dia Teknik Sensori dalam Merangsang Kemahiran dan Perkembangan Anak oleh Occupational Therapist

Amin : Wah menarik tu, sesuai untuk anak kita ni sebab nampak banyak benda dia nak explore sebab penting anak kita buat aktiviti berbentuk sensori supaya dia boleh meneroka persekitaran melalui deria sensori

Nadiyah: betul tu, sebab kadang-kadang kita terlalu fokus keupayaan kognitif dia. Sebenarnya kemahiran kognitif kanak-kanak ni akan jadi lebih baik apabila keperluan sensori berkembang dengan baik. Hah jadi nak tahu lebih detail boleh la kita pergi event ni

Amin: boleh la, awak daftar kan

Jom daftar Parenting Workshop :

πŸ“ 14 April 2018/Sabtu
πŸ“ 9.30 pg – 12.30 tghari
πŸ“ Yuran RM70 Seorang
πŸ“ Yuran Nursery RM15 Seorang (2 thn dan keatas) 
πŸ“ Training Room, NLI Education Sdn Bhd Seksyen 7, Bangi

πŸŽ™ Pn Mahfuzah Zainol- Occupational Therapist

πŸ–¨Untuk pendaftaran sila klik link ini
http://bit.ly/tekniksensori

 β˜ŽπŸ“žSebarang pertanyaan sila hubungi
Cik Nadhrah: http://www.wasap.my/6011-56671603

Biodata penuh Pn Mahfuzah Zainol

Dilahirkan pada 9 Ogos 1986 di Alor Setar dan dibesarkan di jitra Kedah. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda dalam bidang Terapi Carakerja dari Universiti Of Cardiff, wales, United Kingdom. Memperoleh Sarjana dalam bidang Pendidikan Khas dari Universiti Kebangsaan Malasya (UKM). Sekarang berkhidmat sebagai Penolong Pengarah (Terapis Carakerja) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Putrajaya. Beliau menjalankan intervensi awal untuk kanak-kanak dan intervensi terapi carakerja untuk murid berkeperluan khas. Beliau sering menyampaikan bengkel dan ceramah kepada guru-guru pendidikan khas di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan berkaitan teknik yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas. Beliau terlibat aktif memberikan bengkel berkaitan Intervensi terapi carakerja untuk kanak-kanak kepada terapis carakerja dalam bidang pediatrik dan komuniti. Beliau juga sering terlibat dalam penghasilan instrumen dan adaptasi kurikulum untuk kegunaan murid berkeperluan khas di bawah selian Kementerian Pendidikan.